Assalamualaikum,
Saya sudah lama ingin menulis post ini tetapi tidak berkesempatan.
HAHA, blog ini sudah menjadi blog mengenai politik pula..
Pada hari ini iaitu pada 9 Julai 2011 telah diadakan 'Perhimpunan Haram' yang diadakan secara haramnya oleh Parti Bersih sendiri yang memprotes kerajaan untuk mengadakan pilihanraya yang bersih dan tulus.
Seperti salah seorang rakyat jelata telah berkata, "Kotor di baju sendiri tidak dikesah, tetapi kotor di kepala orang mahu dibersihkan."
Bagi pendapat saya, Parti Bersih ini memberi impak yang negatif terhadap Negara Malaysia yang telah sekian lama aman dari rusuhan sejak tahun 1957 (Peristiwa 13 Mei dikecualikan) sehinggalah James Bond 007 telah dilepaskan dari Penjara Pudu pada zaman pemerintahan Pak Lah.
ANDA TIDAK PERASANKAH? James Bond inilah yang suka membawa huru-hara negara ini. Apakah tujuan beliau?mahu jadi perdana menteri? Adakah boleh diberi jaminan jika parti pembangkang (khususnya PKR yang yang telah hancur partinya) memerintah Malaysia, sistem pemerintahan akan menjadi tulus?
Secara terangnya, saya berpendapat bahawa semua politik kotor dan tiada politik yang boleh menyerupai Sistem Pemerintahan Khulafa' Ar-Rashidin pada zaman dahulu. Tiada politik yang akan bersih daripada korupsi dan rasuah jika tidak mengikut cara pemerintahan Islam.
Tadi saya melihat berita di televisyen, ramai di kalangan rusuhan tersebut terdiri daripada orang Melayu sendiri. Tidak malukah melihat Melayu bergaduh sesama Melayu? Kita sebagai orang Melayu haruslah bersatu hidup di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Orang Melayu harus fikir betapa perit dan susahnya bagi mendapatkan keamanan dan kemerdekaan untuk negara tercinta ini jika kita renung kembali ketika zaman Tunku Abdul Rahman.
Apakah kebaikan daripada rusuhan yang dibuat oleh Parti Bersih ini?ADA? Impak negatif banyaklah..sistem ekonomi terganggu, semua kedai tutup, kesesakan jalan raya dan mungkin ada yang mati. BUKALAH MATA. FIKIRLAH SEJAUH-JAUHNYA JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT. Kaji dahulu James Bond (Anwar Ibrahim) itu, baru lah tahu siapa dalang yang mahu menhancurkan Negara Malaysia tercinta ini.
Apa yang mereka dapat? Buang masa dan tenaga.