New Layout New Hope

Saturday, July 9, 2011

Bersih & Patriot

Assalamualaikum,

Saya sudah lama ingin menulis post ini tetapi tidak berkesempatan.
HAHA, blog ini sudah menjadi blog mengenai politik pula..

Pada hari ini iaitu pada 9 Julai 2011 telah diadakan 'Perhimpunan Haram' yang diadakan secara haramnya oleh Parti Bersih sendiri yang memprotes kerajaan untuk mengadakan pilihanraya yang bersih dan tulus.
Seperti salah seorang rakyat jelata telah berkata, "Kotor di baju sendiri tidak dikesah, tetapi kotor di kepala orang mahu dibersihkan."

Bagi pendapat saya, Parti Bersih ini memberi impak yang negatif terhadap Negara Malaysia yang telah sekian lama aman dari rusuhan sejak tahun 1957 (Peristiwa 13 Mei dikecualikan) sehinggalah James Bond 007 telah dilepaskan dari Penjara Pudu pada zaman pemerintahan Pak Lah.

ANDA TIDAK PERASANKAH? James Bond inilah yang suka membawa huru-hara negara ini. Apakah tujuan beliau?mahu jadi perdana menteri? Adakah boleh diberi jaminan jika parti pembangkang (khususnya PKR yang yang telah hancur partinya) memerintah Malaysia, sistem pemerintahan akan menjadi tulus?

Secara terangnya, saya berpendapat bahawa semua politik kotor dan tiada politik yang boleh menyerupai Sistem Pemerintahan Khulafa' Ar-Rashidin pada zaman dahulu. Tiada politik yang akan bersih daripada korupsi dan rasuah jika tidak mengikut cara pemerintahan Islam.

Tadi saya melihat berita di televisyen, ramai di kalangan rusuhan tersebut terdiri daripada orang Melayu sendiri. Tidak malukah melihat Melayu bergaduh sesama Melayu? Kita sebagai orang Melayu haruslah bersatu hidup di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Orang Melayu harus fikir betapa perit dan susahnya bagi mendapatkan keamanan dan kemerdekaan untuk negara tercinta ini jika kita renung kembali ketika zaman Tunku Abdul Rahman.

Apakah kebaikan daripada rusuhan yang dibuat oleh Parti Bersih ini?ADA? Impak negatif banyaklah..sistem ekonomi terganggu, semua kedai tutup, kesesakan jalan raya dan mungkin ada yang mati. BUKALAH MATA. FIKIRLAH SEJAUH-JAUHNYA JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT. Kaji dahulu James Bond (Anwar Ibrahim) itu, baru lah tahu siapa dalang yang mahu menhancurkan Negara Malaysia tercinta ini.


Apa yang mereka dapat? Buang masa dan tenaga.

2 comments:

  1. pertamanya, BERSIH bukan sebuah parti, ia sebuah organisasi, sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Bersih dan semasa PRU nanti diorang mana ambil bahagian.

    kedua, adakah sistem pentadbiran sekarang ini berlandaskan islam? sistem perundangan berlandaskan islam? tidak bukan. tidak seratus peratus. Hukum hudud tak dijalankan, jadi sebagai islam kita kena tegakkan agama dahulu, bangsa tu bawah2 jer, bukannya bangsa menentukan kita masuk syurga ke tak kelak. so back to the point, selagi kerajaan sekarang x mngamalkan sistem islam selagi tu kita kena jatuhkan.

    lagi satu, bagai mana anda tahu yang kerajaan akan jatuh apabila pembangkang kuasa kerajaan? pernah ke berlaku? Kelantan alhamdulillah maju je walaupun tak dapat dana dri kerajaan, kalau dapat dana rasanya lgi la maju. jangan kita terlalu selesa dijajah oleh kerajaan sekarang sampai tak berani nak menegakkan keadilan, tak berani nak pilih yang betul. Kerana apa? takut negara akan musnah. InsyaAllah kalau Islamla yang diperjuangkan negara, Allah akan jaga negara ni.

    :)

    p/s: weh smlm ak gi mnhattan, makan sne. smua pkerja skrang mcm x ikhlas je krja. hahaha, amek order pon mcm x puas hati ngan ak. haha

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas komen sedara,

    firstly, mmg sistem pentadbiran x berlandaskan islam seratus peratus. itu yg aku cuba utarakan, aku x brani jamin kalau PKR dan DAP memerintah Malaysia. Cuba ko tgk majoriti kemenangan PRU lps?semua yg byk menolong adalah DAP. so jika berfikir secara logiknya..mereka akan tuntut hak untuk memerintah sbb mereka menang byk majoriti. Perkara ni bahaya bole jadi semula peristiwa 13 Mei. Ko nk ke Malaysia jd mcm Pulau Pinang, diskriminasi terhadap org Melayu?
    Tapi kalau PAS memerintah aku setuju 100% sbb perjuangan mereka menegakkan ISLam

    Secondly, psl agama dan bangsa. mmg agama perlu didahulukan tetapi bangsa juga penting. Tak malu ke tgk melayu sesame melayu bergaduh.patutnye selesaikan perkara dengan table-talk. klu dari segi agama pula, pengasas Bersih ni kan Ambiga? Tau x ape yg die tuntut melalui IFC?ko bole google search tgk.
    Bole ke org yg mcm ni kite ikut?Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini.Maruah Islam di bawah tapak kaki dia. cube ko google search bace leklok tuntutan si jahanam tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meng-omen =)